CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 20, 2008

Pengalaman Terindah

20 MAY 2008

Alhamdulillah aku berjaya melalui saat kehamilan tanpa begitu byk masalah melainkan pertambahan berat badan yang mendadak. Pada 20 May 2008, aku bekerja seperti biasa. Memandangkan hari itu aku kerja separuh hari, jd aku cuba sedaya upaya untuk selesaikan tugasan yg ada. Aku juga sempat berjumpa dengan Pn. Mahani utk memberitahu yang aku bakal melahirkan pd minggu itu juga atau selewatnya pd tarikh due date aku iaitu pd 22 May 2008.

Petang 20 May 2008, slps lunch dan solat Zohor, aku terus menuju ke Hentian Damai untuk check up kali terakhir di Hospital Pusrawi bersama suami. Waktu itu, perjalanan tersangat sesak dan kami menerima panggilan telefon dr pembantu DR. Habibah supaya kami tiba di hospital dlm kadar segera kerana doctor ada kes jam 4 ptg. Lagi beberapa minit sebelum tepat jam 4 ptg, baru la kami selamat sampai di perkarangan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak KL.

Seperti biasa, setelah menyerahkan kad merah, aku terus menuju ke tempat untuk menguji air kencing dan berat badan. Ya Allah! Berat aku da jd 79.8 kg. Setelah beberapa lama menunggu, kami masuk ke dalam bilik doctor. Kemudian, pembantu doctor terus menguji tekanan darah. Tiba-tiba, DR. Habibah pun berkata “sah, kamu kene duduk dlm wad smpi kamu bersalin sbb kamu ada darah tinggi”. Aku pun ape lagi terkezut la. Lepas tu, doctor suruh duduk atas katil untuk scan baby dan kene seluk. Bukaan waktu itu lebih kurang 1.5 cm.

Kemudian, aku dan suami menunggu di ruang depan. Masa tu rs risau sgt dan sempatla ber sms dgn org2 pejabat, mama dan mira. Tak lama lepas tu, ada nurse dtg bwk kerusi roda dan bawa kami terus ke bilik bersalin. Masa tu, masih blur lagik dan kami sempat la bergambar dlm bilik tu selepas aku tukar uniform pesakit. Tak lama lepas tu, ada 2 org nurse masuk, sorg adjust mesin untuk pantau jantung baby, sorg lagi explain psl bilik bersalin tu, waktu mkn, parking utk suami dan lain2 info. Sejadah pun hospital bg dan boleh je solat dlm bilik bersalin tu.

Bersyukur sgt sbb suami boleh temankan dan tido dlm bilik tu dgn aku. Yelahkan, ini 1st time aku masuk hospital, so agak takutla. Jam 6 petang, makan mlm pun smpi. So, aku dan suami mkn sesame. Takkan nk suh dia kuar g bli makanan. Lgpun byk gak nasik yg hospital bg.

Jam 8.20 mlm, DR. Habibah masuk dan dia masukkan ubat dalam anu untuk mula rasa sakit contraction. Dia pesan supaya sila mintak pain killer jika tak tahan sakit dan jgn diam jek. Bukaan waktu tu, masih 1.5 cm. Kene seluk tu, mmg sangat sakit, ok! Ni da masuk kali kedua kene seluk. Aku tak dibenarkan buang air kecil selama 20 minit – 1 jam selepas kene masuk ubat tu.

Mlm tu, mmg sangat sejuk dlm labor room tu. Kesian sangat kt suami sbb dia mmg tak tahan sejuk. Tp, sejuk2 pun dia tido lena je mlm tu. Aku je yg tak leh tido sebab membayangkan mcmanela rasanya sakit contraction tu. Wlpn tido dgn suami, tak leh la nk mesra2 selalu sbb kejap2 nurse akan masuk untuk check tekanan darah dan degup jantung baby.

21 MAY 2008

Pagi tu selepas solat subuh, sarapan pun smpi seawal 6.30 pagi. Lebih kurang jam 8 pagi, suami turun ke bawah untuk tukar parking dan ambil beg aku yg da lama aku standby untuk dibawa ke hospital. (aku dgn husband lom mandi lg tau). Bile da dapat beg, aku pon mandi la dgn sewenang-wenangnya. Kesian kt suami, dia kene tggu mama dan baba bawakan barang dia.

Jam 10 pagi, nurse tembak ubat untuk buang air besar kt bontot. Adoi la, rasa cam geli je sbb ubat tu macam lendir2. Tak lama lepas tu, mmg rs nk terberak sgt. Kemudian ms pemeriksaan tekanan darah, darah masih tinggi dan nurse risau. Dia ng mkn ubat dan cucuk pain killer walaupun, aku tak mintak. Dia pesan, contraction semulajadi atau paksaan, same je rs sakitnya.

Jam 11.50 pagi, DR. Habibah masuk dan seluk lagi. Bukaan masih 1.5 cm. dan rupanya, ubat yg dia masukkan mlm td, aku langsung tak rs sakit pape. Doctor terus pecahkan air ketuban. Sakit jgk tau, 2 kali dia gunting dan guna 2 bekas untuk tadah air ketuban tu. Kemudian, nurse terus masukkan drip.

Jam 12 tgh hari, mama dan baba pun sampai. Mama masuk dlm labor room dan abang farid temankan baba kt luar. Masa tu masih boleh sembang-sembang lagi. Aku pun sempat menikmati makanan tengah hari. Setelah masuk waktu solat zohor.

Masuk waktu zohor, aku da mula rasa sakit. Da la sorg2 je dlm labor room tu. Sampaikan makcik cleaner tu, urut2 aku sbb kesian tgk aku. Tak berapa lama, husband dgn mama pun smpi dan tgk aku tgh meronta ke kiri dan kanan. Contraction tu, mmg sangat sakit. Betullah kata org, sakitnya seperti gesaan buang air besar. Waktu itu, bukaan sudah 3 cm.

Jam 4 ptg, bukaan sudah 5 cm. Pada waktu tu, dalam jam 4 lebih, keadaan jadi agak kelam kabut. Nurse siap sedia memakaikan aku kain utk bersalin dan mengajar cara meneran yg betul. Setelah doctor sampai, dgn beberapa kali meneran, akhirnya, lahirla putera sulung kami bernama MUHAMMAD AMMAR HARRAZ BIN MOHAMAD FARID


Ini Ammar ms kt hospital, time ni 2 hari


Ini Ammar waktu 6 hari


0 comments: